"Cinta sejati ibarat hantu. Ramai yang bercerita tentangnya..Tapi, hanya segelintir yang bertemu"
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. wahai para pembaca blog yang setia....ye.. kamu la..*wink wink*
apa kaitan hantu dengan burung kenyalang??
petikan ayat mula-mula kat atas tu, aku ambil dari salah satu script dari cerita Tiramisu-TV3...sape setuju?? apa kaitan hantu dengan cinta? ish.. bercinta dengan hantu?? gilo apo..hahahha
cinta sejati..apa tu cinta sejati?? sejauh mana kebenaran, kalau dia jodoh kita, dia adalah cinta sejati kita?? kalau dia suami/isteri kita, dialah cinta sejati kita... bagi pasangan yang berkahwin atas dasar cinta..cinta itu dikatakan cinta sejati, tapi, di pertengahan usia perkahwinan mereka, penceraian menjadi titik nokhtahnya..jadi, mana pergi cinta sejati itu?
aku sendiri tak tahu ape itu cinta sejati..setakat cinta monyet, cinta beruk, cinta baboon, aku tau la..*wahahahha*... tpi, aku agak mengangguk kepala baca petikan ayat tu.. ya..cinta sejati itu ibarat hantu.. semua orang bercakap pasal hantu..siapa yang hidup dlm dunia ni, tak pernah cerita pon pasal hantu?? *jangan tipu*..mesti ada kan? kau percaya atau tak, tu belakang cerita..hakikatnya, setiap orang pernah mendengar cerita tentang hantu, dan kebarangkalian cerita hantu itu di ceritakan kepada pihak lain, adalah 99.9% kan?kan??
tapi, dalam ramai-ramai yang bercerita tentang hantu, berapa ramai yang pernah jumpa hantu secara in person?? memang kau jumpa depan mata la..atau kau sendiri yang ada pengalaman dengan hantu?? TAK RAMAI kan??
macam tu jugak dengan cinta sejati....ramai orang bercerita tentang cinta sejati.. ramai punya kisah cinta yang berbeza.. tapi, berapa ramai yang temui cinta sejati?? berapa?? siapa yang boleh mengaku dan yakin sangatt, cinta dia sekarang adalah cinta sejati dia?? *jeling-jeling*...
aku kagum dengan kesetiaan si burung kenyalang...
sebagai seorang pelajar Zoology, aku paling gemar kisah cinta si burung kenyalang a.k.a hornbill.. untuk pengetahuan, hornbill adalah haiwan yang monogamy or monogamous..bermakna, seumur hidup, cuma satu pasangan..satu cinta.. si jantan akan setia bersama seekor betina seumur hidupnya...romantik bukan???
cerita cinta si kenyalang selalu buat aku rasa syahdu dan terharu.. kenapa?? sebab, pasangan hornbill ni, sentiasa bergantung dan percaya kepada pasangan mereka masing-masing.. ketika musim mengawan dan musim melahirkan anak, hornbill betina akan tinggal bersama telur dan menjaga anak mereka yang baru menetas di dalam sarang mereka. si ibu di tugaskan menjaga anak-anak, manakala si ayah keluar mencari makanan dan menjaga sarang mereka dari luar.. sarang mereka biasanya di tutup dan hanya terdapat sikit lubang bagi membolehkan sang ayah memberi makanan kepada isteri dan anak-anaknya...
*gambar hornbill jantan bagi makanan bagi isteri dan anak-anak*
di mana kesyahduan cerita cinta mereka?? biasa la tu, ayah cari makan untuk isteri dan anak-anak..
untuk pengetahuan, jika si ayah mati, si isteri dan anak-anak juga akan turut mati.. saat ketika sang ayah keluar mencari makanan, di jadikan takdir, sang ayah mati di bunuh oleh pemburu. membunuh si jantan samalah seperti kamu membunuh satu keluarganya..kerana, si isteri dan anak-anak akan setia menanti kepulangan suami/ayah mereka dengan sabar dan setia walaupun kelaparan..ibu hornbill tidak akan keluar dari sarang..mereka menunggu dengan penuh sabar tanpa memgetahui suami/ayah mereka sudah di bunuh..dan akhirnya, mereka akan mati kelaparan di dalam sarang mereka.. syahdu kan?? sebab itu populasi burung kenyalang dah semakin sikit yang ada..sebab tindakan rakus manusia yang tamak dan tidak fikirkan kesan kepada perbuatan mereka.... bayangkan, pengharapan mereka berakhir dengan kematian..sedih..
cuba korang bayangkan situasi korang di tempat isteri dan anak-anak kenyalang.. sedih...korang berharap sangat..dalam keadaan lapar, yang ayah korang akan balik bawa makanan.. tpi, sbenarnya, dia dah di bunuh..jadi, korang hanya mampu tunggu masa korang untuk pergi bertemu ayah di syurga barangkali..
selalu bila dengar cerita ini, mesti bergenang jugak la air mata..*hati saya keras mcm ais batu je, bukan macam batu-bata* kah3..
2 pengunjung istana:
i like it. banyakbanyak...and sokong seratusperatus.
;)
Post a Comment