Get your own Digital Clock

Sunday, February 20, 2011

SUATU PERNAH


Aku suka Fynn Jamal.. sebab seni dia.... puisi dia bagai paham hati jiwa ranap mcm aku dan ramai perempuan-perempuan jiwa ranap yang ada...


habis sudah madah
tak ada satu pun yang tertinggal
setiapnya telah
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah
tak pernah...

dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
tak pernah rindu
tak pernah rayu
dulu.

terlebur hancur kebal rusukku;
berkecai sepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu
cinta tak wujud
ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku
suatu yang pernah.

takkan ada apa
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


besi mana kita,
pernah suatu masa tercairkan


MyEm0.Com

Saturday, February 19, 2011

HARGA DIRI



BERAPA HARGA DIRI ANDA?? 50 SEN?? RM 1?? woah~~ soalan sensitif tu..setiap orang punya harga diri masing-masing..sejauh mana tinggi nya harga diri kita, diri kita sendiri yang menentukannya..

di sini i nak share 12 Langkah Ke Arah Harga Diri Yang Tinggi...

LANGKAH 1
  • Sedia memaafkan diri atas kesilapan lampau


LANGKAH 2
  • Fokus pada sikap atau keadaan yang positif


LANGKAH 3
  • Contohi jejak langkah individu yang berjaya


LANGKAH 4
  • Bercakap dengan diri (sesuatu yang positive.. jangan terlalu pandang negatif pada diri sendiri)


LANGKAH 5
  • Tonjolkan sikap yang baik


LANGKAH 6
  • Rehat secukupnya


LANGKAH 7
  • Kuasai kemahiran diri


LANGKAH 8
  • Melatih atau memperkembangkan bakat dalam diri


LANGKAH 9
  • Bersedia atau sihat dari segi fizikal


LANGKAH 10
  • Belajar sesuatu yang baru


LANGKAH 11
  • Perbaiki perhubungan peribadi


LANGKAH 12
  • Berpakaian dengan baik dan sopan



Untuk tingkatkan harga diri kita dan menjadi seorang insan yang lebih baik dari masa sebelumnya, kita punya cara yang terpulang pada diri kita samada untuk terus berada pada tahap yang rendah, atau baiki diri sebaik-baik insan yang boleh.. harga diri tidak bergantung pada rupa paras, faktor luaran semata-mata, tapi, dalaman juga harus di nilai.. yang cantik, tak semestinya baik..yang kurang cantik, tak semestinya buruk....semuanya bergantung kepada diri kita sendiri untuk membentuk kita ke arah yang positif atau negatif..

Jadi, mari kita sama-sama merubah diri ke arah yang lebih baik dari hari sebelumnya.. jika kita sudah bagus pada hari semalam, mari kita jadi yang lebih bagus dan lebih-lebih bagus untuk hari-hari mendatang...

MyEm0.Com


Wednesday, February 16, 2011

BERCINTA DENGAN HANTU...JADILAH SETIA SEPERTI BURUNG KENYALANG

"Cinta sejati ibarat hantu. Ramai yang bercerita tentangnya..Tapi, hanya segelintir yang bertemu"

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. wahai para pembaca blog yang setia....ye.. kamu la..*wink wink*

apa kaitan hantu dengan burung kenyalang??

petikan ayat mula-mula kat atas tu, aku ambil dari salah satu script dari cerita Tiramisu-TV3...sape setuju?? apa kaitan hantu dengan cinta? ish.. bercinta dengan hantu?? gilo apo..hahahha

cinta sejati..apa tu cinta sejati?? sejauh mana kebenaran, kalau dia jodoh kita, dia adalah cinta sejati kita?? kalau dia suami/isteri kita, dialah cinta sejati kita... bagi pasangan yang berkahwin atas dasar cinta..cinta itu dikatakan cinta sejati, tapi, di pertengahan usia perkahwinan mereka, penceraian menjadi titik nokhtahnya..jadi, mana pergi cinta sejati itu?

aku sendiri tak tahu ape itu cinta sejati..setakat cinta monyet, cinta beruk, cinta baboon, aku tau la..*wahahahha*... tpi, aku agak mengangguk kepala baca petikan ayat tu.. ya..cinta sejati itu ibarat hantu.. semua orang bercakap pasal hantu..siapa yang hidup dlm dunia ni, tak pernah cerita pon pasal hantu?? *jangan tipu*..mesti ada kan? kau percaya atau tak, tu belakang cerita..hakikatnya, setiap orang pernah mendengar cerita tentang hantu, dan kebarangkalian cerita hantu itu di ceritakan kepada pihak lain, adalah 99.9% kan?kan??

tapi, dalam ramai-ramai yang bercerita tentang hantu, berapa ramai yang pernah jumpa hantu secara in person?? memang kau jumpa depan mata la..atau kau sendiri yang ada pengalaman dengan hantu?? TAK RAMAI kan??

macam tu jugak dengan cinta sejati....ramai orang bercerita tentang cinta sejati.. ramai punya kisah cinta yang berbeza.. tapi, berapa ramai yang temui cinta sejati?? berapa?? siapa yang boleh mengaku dan yakin sangatt, cinta dia sekarang adalah cinta sejati dia?? *jeling-jeling*...

aku kagum dengan kesetiaan si burung kenyalang...


sebagai seorang pelajar Zoology, aku paling gemar kisah cinta si burung kenyalang a.k.a hornbill.. untuk pengetahuan, hornbill adalah haiwan yang monogamy or monogamous..bermakna, seumur hidup, cuma satu pasangan..satu cinta.. si jantan akan setia bersama seekor betina seumur hidupnya...romantik bukan???

cerita cinta si kenyalang selalu buat aku rasa syahdu dan terharu.. kenapa?? sebab, pasangan hornbill ni, sentiasa bergantung dan percaya kepada pasangan mereka masing-masing.. ketika musim mengawan dan musim melahirkan anak, hornbill betina akan tinggal bersama telur dan menjaga anak mereka yang baru menetas di dalam sarang mereka. si ibu di tugaskan menjaga anak-anak, manakala si ayah keluar mencari makanan dan menjaga sarang mereka dari luar.. sarang mereka biasanya di tutup dan hanya terdapat sikit lubang bagi membolehkan sang ayah memberi makanan kepada isteri dan anak-anaknya...


*gambar hornbill jantan bagi makanan bagi isteri dan anak-anak*

di mana kesyahduan cerita cinta mereka?? biasa la tu, ayah cari makan untuk isteri dan anak-anak..

untuk pengetahuan, jika si ayah mati, si isteri dan anak-anak juga akan turut mati.. saat ketika sang ayah keluar mencari makanan, di jadikan takdir, sang ayah mati di bunuh oleh pemburu. membunuh si jantan samalah seperti kamu membunuh satu keluarganya..kerana, si isteri dan anak-anak akan setia menanti kepulangan suami/ayah mereka dengan sabar dan setia walaupun kelaparan..ibu hornbill tidak akan keluar dari sarang..mereka menunggu dengan penuh sabar tanpa memgetahui suami/ayah mereka sudah di bunuh..dan akhirnya, mereka akan mati kelaparan di dalam sarang mereka.. syahdu kan?? sebab itu populasi burung kenyalang dah semakin sikit yang ada..sebab tindakan rakus manusia yang tamak dan tidak fikirkan kesan kepada perbuatan mereka.... bayangkan, pengharapan mereka berakhir dengan kematian..sedih..

cuba korang bayangkan situasi korang di tempat isteri dan anak-anak kenyalang.. sedih...korang berharap sangat..dalam keadaan lapar, yang ayah korang akan balik bawa makanan.. tpi, sbenarnya, dia dah di bunuh..jadi, korang hanya mampu tunggu masa korang untuk pergi bertemu ayah di syurga barangkali..

selalu bila dengar cerita ini, mesti bergenang jugak la air mata..*hati saya keras mcm ais batu je, bukan macam batu-bata* kah3..



MyEm0.Com

Monday, February 14, 2011

UNGUNYA CINTA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

aku tulis post ni dalam mood mata baru lepas menangis...
sebab pe aku menangis??? ..sebab cerita yang baru aku tonton sendirian di siang hari..tapi, dapat aku feel cerita sejam setengah ni... cerita ni, simple je.. tapi, kau x dpt nak agak lagsung ending dia mcm tu... serius..aku ingat citer ni heppy ending..

ni macam kisah cinta romantik komedi bagi aku.. ok... cerita ni senang kau nak hadam... kira x rugi la kau download dan tengok.. santai je.. kalau kau jenis orang yang support drama tempatan la..kalau tak, memang kau kata cerita ni xde istimewa nya...




drama lakonan Leez Rosli, Shaarnaz Ahmad, Sharifah Shahira dan Didie Alias ni mengisahkan Ungu, gadis yang meminati bidang nyanyian dan bercita-cita menjadi penyanyi terkenal. dalam waktu yang sama, Ungu merupakan pelajar tahun satu di universiti, terpaksa bekerja sambilan semasa cuti semester bagi mencari wang saku. Cerita cinta ini bermula pabila Ungu terpaksa mengajar Andi, anak Datin Moon yang juga sahabat ibunya, Rubiah. Bagi yang nak tahu ending cerita ni yang buat aku syahdu, boleh lah download cerita ini di sini...UNGUNYA CINTA

OST UNGUNYA CINTA


Berlari di rumput yang hijau
mencari suatu ketenangan
Hari-hari yang ku duga
Pastinya nanti diriku terluka

Aku masih di sini
Menunggu saat akhir
kau dan aku begini
mencari satu erti

Biar hari berlalu
ku nanti masa itu
teruskan berlari ke alam realiti
Ohhhh ohhhh ohhhh

p/s: suka tengok Shaarnaz Ahmad dalam ni... *wink wink*

MyEm0.Com

Sunday, February 13, 2011

TAK CAYA SUDAH..NAMA KAU DOLLAH..BREAST KAU SEBELAH

sapa biasa dengar benda ni?? angkat tangan!!! *saya!!saya* hahhahha..tapi perkataan breast tu, bukanlah breast...tapi di ganti dengan T***K... budak-budak 80-an dan 90-an mesti sinonim sangat dengan benda ni...

dasyat la kita..kecik-kecik dah pandai cakap porn.. sapa la ajar ni... budaya cakap benda ni aku rasa memang popular la zaman kita budak-budak hingusan dulu... asal bercakap dengan kawan-kawan, tapi ada yang tak nak percaya, aleh-aleh mula la nak ejek "tak caya sudah..nama kau dollah..breast kau sebelah"... hahahaha..dasyat gila.. breast sebelah je?? eleh x heran la..memang la kau x heran sebab kau kecik lagi time tu..paling-paling pon kau gelak je... cuba kalau benda ni jadi kat kau sekarang? mau sentap woo~ dan benda ni selalu budak lelaki cakap kat budak perempuan..*eeeiii..jahat nye korang....*

bila fikir balik, kadang-kadang benda yang di cerita tu langsung x masuk akal..tp, ada hati nak ckp breast org sebelah kalau x caya cerita tak logik dia tu.. *hahahhaha*..yang tak pasal-pasal, nama Dollah jadi glamer.. kau orang paham-paham la kan.. *kesian dollah*..macammane ye idea ni boleh timbul..cer cerita!! cer cerita!!! aku pon tak tahu..aku selalu cakap benda ni kat adik aku..*maklumla..kakak nakal*.. belajarnya tentulah dari kawan-kawan sekolah aku...

banyak lagi selain dari nama dollah, breast sebelah ni.. yang pasti, bila kau dah tua ni, kau mesti gelak kan..apa la rasional nya benda ni.. bila tak caya, boleh lak nama kau dari siti, jadi dollah, dan elok-elok kau normal, tiba-tiba tak normal sebab ada satu je breast...*wakakakkakaka* gelak guling-guling derr~..

kenangan kecik-kecik dulu memang seronok kan bila ingat balik... banyak memori yang indah-indah yang boleh kau kenangkan... main parit, main lumpur, main longkang, main galah panjang, rebut tiang, main pemadam, macam-macam lagi la!! dulu hiburan yang kita cari, tak perlukan duit pon..sekarang...cuba kau orang tengok.. budak budak sekarang, tak main la kotor-kotor ni.. diorg pandang PS je.. ngadap komputer sume.. ye lah..bila teknologi dah membangun, mentaliti masyarakat juga berkembang... ye tak??

p/s: rindu zaman kecik-kecik..hidup tak da masalah..=)




MyEm0.Com

Saturday, February 12, 2011

KAIN BATIK LUCUT DI KHALAYAK RAMAI

agak-agak kalau jadi kat korang, pe korang buat?? hahhahahha.. mau pergi terjun lombong la.. malu sangat...

sekarang, ada lagi ke orang pergi kedai-kedai kat taman, hanya berkain batik? kain batik lak takda nak ade zip2 ke ape.. memang pakai dan ikat tepi la.. ada berani?? kalau kat kampung, aku percaya, warga-warga senior memang rilex dan professional berkain batik kalau setakat nak pergi kedai kat kampung..tak pun, nak pergi hantar barang rumah jiran sebelah menyebelah.. pergi mensyuarat ahli tingkap ke... memang tak de hal la.. perkara biasa... rilex je..tak da nak pakai belt ke ape.. memang ternyata safety la.. sebab dah pakai kain batik dari kecil..

tapi, zaman serba moden lagi berteknologi *chewahhh ayat aku*... apa korang berani nak pakai kain batik pergi kedai runcit sebelah rumah?? sebelah rumah je..korang berani? untuk gadis-gadis era zaman moden ni.. korang berani??


AKU TAK BERANI!!! hahhahaha.. umur dah nak masuk 22, jangan nak pakai kain batik pergi kedai runcit sebelah rumah, nak pakai dalam rumah, waktu tidur, pon tak berani!!!..hahahha..melainkan aku duduk hostel.. tidur sorang-sorang..aku berani la.. tu pon, standby, sarung short pants dah..hahahha..*apa punya fesyen la budak ni*...


apa boleh buat... mama suruh belajar pakai kain batik, tak mahu.. perangai lak ganas.. hambekkk kau... umur dah tua, kain batik tak reti pakai.. kalau pakai mesti senget sebelah la, x center la.. asyik nak terlucut je... sakit hati wooo~ bahaya...


aku kagum dengan ibu-ibu yang rilex je handle anak-anak kecik yang selalu nak bergayut.. asyik la tarik kain mak.. x jatuh pon.. dulu waktu adik aku kecik, takde plak aku nampak kain batik mama aku terlucut depan aku time adik aku wat hal..hahha.. paling kurang pun, setakat ejas-ejas sikit je..pastu, beres!!

sekarang, kain batik banyak la yang buat fesyen..yang tu lain..yang pakai dengan baju kebaya tu..eleh..aku x heran la korang boleh pakai..sebab dah siap jahit dengan zip sekali.. aku pon boleh... *sebab aku pon ade*.. tu x adventure langsung.. hahahah...

ada kawan aku pernah marah aku sebab aku tak reti pakai kain batik..dia cakap nanti time lepas bersalin, gasak la!! time tu baru nak belajar pakai kain batik, memang haru la... *scary je* ..



*picx dari mak cik google*

jadi..para gadis-gadis moden seluruh dunia, marilah kita belajar pakai kain batik..cuba try sopan sikit..hehehe.. tidur pakai kain batik.. dan pastikan time anda bangun tu, kain tu masih elok lagi la..jangan la kain tah ke mana, abes la kau...*wat aksi 18sx* lak nanti...*gelak evil*..

jadi..langkah pertama..beli kain batik banyak-banyak ye..hehehe..pastu, sila belajar ikat kain dari ibu-ibu anda..heee~

SEMOGA KITA BERJAYA MENJADI PEREMPUAN AYU YANG SEJATI....

*ihihihihiihihiii*


PEACE!!


MyEm0.Com

TIRAMISU EPISODE 28 DOWNLOAD


for those who looking for link to download the last episode of TIRAMISU-TV3, u are invited to go to this link.. TIRAMISU EPISODE 28


p/s: tadi tgok kat nuffang, ramai search blog aku sebab nak cari pasal download episode akhir tiramisu.. sampai 93 tu.. heeee.. ok..harap korang enjoy mendownload ok..=) cerita ni memang superb..ramai pengikut.. termasuk aku...hehehhe


MyEm0.Com

Jangan Hantar Aku Ke Neraka

salam... kali ni aku nak cerita pasal cerita yang satu ni.. cerita ni dengar kata lakonan terakhir Allahyarham FAIZAL YUSOFF..




cerita ni di tayangkan di tv9..tapi, aku tak da tv kat hostel..so, aku berjaya download cerita ini..

untuk hari ini, dah 2 kali aku ulang tgok cerita ni.. memang best!! sedih plak tu.. byk pengajaran yang dapat kita ambil dari cerita ni..memang mengalir air mata la..syahdu...

kalau korang nak tengok dan betul-betul hayati cerita ni, tgok la bersendirian.. pastu, boleh la menangis puas2... sesiapa yang nak download cerita ni, boleh pergi sini.. JANGAN HANTAR AKU KE NERAKA




p/s: krisis mesir berakhir dah.. presiden Hosni Mubarak dah lepaskan jawatannye..Alhamdulillah..semoga ni jadi titik permulaan kebangkitan Islam.. kalau nak tgok perkembangan terkini, leh tgok live streaming di sini



PEACE =)

MyEm0.Com

Friday, February 11, 2011

BANYAK cerita pulak KAU!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA.....

ehem..ehem... *eh batuk-batuk lak*

banyak cerita!! banyak cerita!!! banyak cerita betul yang dah aku terlepas!!! huuu~ rasa macam x best je hidup ni...*tipu je kot..xde la sampai x best lak*.. ok la.. bagi yang tak tahu, atau dah tahu, ekceli aku dah dekat 6 bulan tak balik rumah.. lama tu bagi anak cengeng macam aku..


*sumber dari pak cik google*

selalu tiap kali call mama je, ada je benda baru kat rumah yang buat aku rasa *WOAHHH!! TAK SABAR NYE NAK BALIK!!* macam tu la..korang pernah rasa tak macam aku rasa? mesti pernah kan..tolong la angguk kepala tanda setuju.. MyEm0.Com

untuk tahun ni je, aku dah ketinggalan untuk tengok adik bujang tunggul *tunggal* kat rumah masuk tingkatan satu.. rasa macam satu kerugian jugak la.. adik aku paling nakal..kuat buli.. selalu buat kakak-kakak dia yang cengeng macam aku ni menangis.. serius nak tengok.. selalu aku call mama, mesti aku tanya, macammane azeem kat sekolah..ok ke tak....ada stail tak dia..baju sekolah sapa gosokkan.. ade menyemart-nyemart dengan gel rambut ke tak budak tu.. hahahaha..banyak lagi la.. ye la..selalu aku tengok adik kawan-kawan aku.. nak gak tengok adik sendiri kan.. lagi-lagi bila mama cerita, adik bujang tu dah pandai melaram dengan barang-barang gadjet which suppose wat aku terfikir.. wah!! adik aku dah jadi mcm kawan-kawan lelaki aku yang gilakan gadjet.. *hahahaha...sambil gelak..abis la duit mama dan ayah aku layan budak tu sorang*..


belum campur aku terlepas cerita gossip-gossip adik-adik perempuan aku yang dua orang tu...yang memang aku agak, kalau aku balik, aku dengar diorang bergossip berdua, sah aku xtahu hujung pangkal..wuu~ syahdu tu sebab ketinggalan banyak benda... *sedih kan*MyEm0.Com


tu tak campur lagi dengan cerita mama yang beli barang baru, itu, ini, dan ayah jugak yang menambah barang kat rumah..baru-baru ni plak, cerita terbaru, ayah beli tv baru..wah!! tiba-tiba aku jadi batak tahap keluar hutan mcm x pernah tgok tv..nak balik!! nak tengok tv baru..*hahahha..gedik lah kau..sebab tv pon nak kecoh*.. tadi lak call mama, dpt tahu, ayah beli camera baru!!! yeay.. dia cakap persediaan utk majlis konvo aku...*terharu terus* nampak sangat ayah aku dah tak sabar nak pergi grad anak sulung dia yang cengeng ni... aku berdoa pada Allah, semoga aku tak jadi anak yang kecewakan harapan mama dan ayah aku.. mesti belajar sungguh-sungguh..sem ni last!! aku bakal miliki ijazah aku tak lama lagi!!! YA!! AKU BOLEH!!MyEm0.Com


tu belum masuk cerita kucing beranak, kucing baru, sekolah adik-adik, kerja mama, cerita adik aku kat UMT, dan banyak lagi.. see... BANYAK CERITA KAN!! woahh!! ni yang tak dapat menahan sabar nak balik ni.. aku harap sangat aku akan dapat result yang lagi cemerlang..ye la..ni dah last sem.. kena cuba sehabis baik.. sekarang sangat sibuk..kadang-kadang sampai seminggu tak call mama..nnti mama akan call aku..dan tanya kenapa dah lama tak call.. jadi serba salah je.. bukan tak nak call..kadang-kadang aku bz..dan bila teringat nak call, time tu mesti dah waktu tido mama dan ayah aku..kejam lak rasa nak kacau diorg rehat...


semoga projek tahun akhir aku, dapat aku siapkan dengan lancarnya walaupun aku leh bet, KELANCARAN cuma 0.1% je.. serabut sangat ni..banyak masalah..ni pon dah bz nak prepare dengan mid exam dan ade 2 field tak lama lagi..huuu~ KEHIDUPAN SEBAGAI PELAJAR, mmg xde yang senang.. tapi, bergantung pada usaha diri kita sendiri untuk menyenangkan perjalanan yang rumit... harap berkat doa mama dan ayah, aku bakal bawa segulung ijazah hasil usaha aku, dan dptkan pekerjaan yang baik lepas tu.. aku nak bahagiakan mama, ayah dan adik-adik aku.. bagi aku, BAHAGIA MEREKA, ADALAH KEBAHAGIAAN AKU...


PEACE MyEm0.Com


MyEm0.Com

Thursday, February 10, 2011

TIRAMISU *episod akhir-28

akhirnya episod akhir cerita TIRAMISU-TV3 yang selama ni aku ikuti dah tiba... hari ni merupakan episod akhir drama bersiri yang mempunyai ramai pengikutnya yang tersendiri..
wat masa sekarang, aku belom dapat tgok lagi..tapi, aku dah aim untuk download episod akhir ni esok!!! oyeah~ atau kalau aku rajin, aku akan download dari web TONTON malam ni.. akhirnya aku dah tau cara-cara untuk download cerita dari web TONTON.. heeee =)

akhir kata, mari layan trailer/sedutan drama favourite aku ni...





MyEm0.Com

Wednesday, February 9, 2011

CONTEST REKA CIPTA HEADER =)


ehem..ehem... sebab kepala serabut dengan FYP, jadi, saja buang masa wat header baru untuk blog.... cantik kan header baru i? hahahha.. i tau..nampak mcm budak-budak sikit..tapi, x salah kan..i kan sweet 17..hahahha....*sila muntah ye..* blog i dah kawaii..jom kita kawaii kan blog tuan punya contest!! heee...


--- ok la.. ni contest dari tuan blog FARAH HANIE FADZIL ----
--- syarat2 contest ni mudah je ---
--- iaitu hasilkan header blog yang comel2 untuk tuan blog..kawaii kata TUAN BLOG.. heeee ---
--- kemudian mestilah follow blog tuan punya contest ---
--- link kan post korg tentang korang join contest tu ---
--- hadiah dia boleh tahan jugak.. topup rm30 ---
--- sapa nak bagi wooo..so, jom la try join ---
--- i tag contest ni kat sorg kawan ---
--- FATIN ... sila join kalau rajin ok..heeee =) ---
--- OK..SEKIAN TERIMA KASIH ----



ni hasil header yang i reka utk tuan blog..KAWAII x?? hihihi




MyEm0.Com

Monday, February 7, 2011

cuba TANAM


CUBA-CUBA BERTANAM MUMBANG,
MOGA-MOGA TUMBUH KELAPA....
CUBA-CUBA BERTANAM SAYANG,
MOGA-MOGA MENJADI CINTA...


*bling-bling* : mood gedik...KESAH APE KAU??
*bling-bling* : hati saya sentiasa bahagia...
*bling-bling* : hidup saya penuh dengan kasih-sayang..ada sape2 nak sikit??
*bling-bling* : saya belum mahu tanam cinta...
*bling-bling* : SELAMAT HARI JADI MAMA!!! 4/2... LOVE YOU SOO MUCH!!





can i have a warm hug from u?? pleaseeeeeeeeeee =)



MyEm0.Com

Wednesday, February 2, 2011

TIRAMISU

TADA!!! mood nak update blog tetibe membuak2 lak..hihihii..

ape yang korang tahu tentang TIRAMISU??
bagi aku TIRAMISU ni kek...kek yang sedap..hihihihi..
*ada sape2 nak belanja aku kek x?*

berbalik kepada TIRAMISU, aku nak share tentang cerita kat TV3 yang aku tgh follow sekarang ni..walaupun takde tv kat bilik, itu tidak menghalang aku untuk menontonnya!!! hahahahha..

ape lagi..download lah..hahahha.ade 2 site favourite aku..memang memuaskan hati ku... biasa aku dpt tgok lewat sehari la..kalau citer tayang hari isnin, episod hari isnin tu, hari selasa baru leh tgok..

seronok tau citer tiramisu ni.. kelakar dengan si Danny kawan kepada Melur (lakonan Sharifah Amani)...bila dia bergaduh dengan Melur..comel je..hahhaha.. dalam cerita ni, ade gak watak yang aku suka tgok..mcm Faris (lakonan Zain Ruffedge)..memang watak yang banyak hiburkan aku...watak ANNOYING dalam cerita ini ialah Lyana (lakonan Tania Hudson)..gedik sungguh!!! tapi, kadang2 sangat blur..kesian dia..hihihiih...rindu dekat watak adik Mia Sara..dalam cerita ni, dia jadi Ayesha..memang makin comel budak tu..dlm cerita tu, kelakar betul tgok gelagat dia dengan atok dia....

wat masa ni, aku dah ade sampai episode 21 dah..hihihi..kita tunggu siang nnti..mesti ade update episode terbaru....=)

tapi, yang penting, tiap kali aku layan citer ni, mesti lepas tu aku akan jadi sangat2 MENGIDAM nak makan KEK!! waaaa~ nasib baik la susah nak g beli..kalau x, jadi badak air la aku..kah3..

I LOVE TIRAMISU =)


MyEm0.Com

JUNIOR 1994


JUNIOR (1994)






Junior is a 1994 American comedy film written by Kevin Wade and Chris Conrad and directed by Ivan Reitman. It stars Arnold Schwarzenegger as a scientist who undergoes a male pregnancy as part of a scientific experiment.

ni la cerita yang dah lama sangat aku cari..serius!! aku ni seorang yg sangat gemar download2 citer... tp, selama ni, citer ni la yang aku nak sangat cari..lama jugak aku try cari citer ni..dekat setahun jugak...AKHIRNYA!!! semalam aku dpt jugak download n dah tgok balik..hiii~

citer junior ni lakonan Arnold Schwarzenegger... time ni Arnold x hensem pon..muka pon skema je..*hihihihiihi*

kalau ikutkan, citer ni release time tu umur aku 5 thun..tp, aku lupa tahun bila aku tgok..rasa mcm time tu tgh sekolah rendah..citer ni di tayangkan kat tv3..lepas slot cerekarama kalau x silap..mmg gila aku percaya ape yang aku tgok...


hahahhaha..time tgok cter ni, memang sangat percaya n amazing la katakan..LELAKI boleh mengandung... aku tertipu tgok cter ni, time part Arnold tunjuk perut dia time preggy..huuu~ siyes.. time tu fikiran pon cetek sgt..percaya la sgt..bila sekarang tgok balik, aku still amazing..keh3...

korang pernah tgok x citer ni? kalau x pernah, try la tgok..hihihi..seronok la bagi aku cter ni... dan aku sangat seronok, sebab berjaya mencari dan download cerita ni yang aku cari sangat2 selama ni..*YIPPI*

*bling-bling* : x dpt balik semenanjung sempena cuti raya ni..tiket terlalu mahal
*bling-bling* : akan balik rumah family angkat kat sini..at least, aku x dok terperok kat rumah ni sorang2..hilangkan sikit homesick =)


MyEm0.Com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...