Get your own Digital Clock

Thursday, May 12, 2011

HOBI BALING ASID

*pandang keliling...* ada lagi ke yg baca blog aku ni...hihi...maaf la ye.. bizi..byk komitmen... nak jadi isteri orang..byk keje nak kena settlekan..*keh3*


let's talk something serious....

Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.


Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.

Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.

*Sumber: FB Polis KL, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur*




dan kejadian ni memang tak tau ape motif... kawan aku bru je bgtau, kawan gf dia bru kena... xtau keadaan sekarang..tpi, bygkan la..ape motif semua ni... "asid" tau!! bukan kau lempar perigi ataupun air embun..mcm2 hal la.. takde keje, cari keje..tpi, cari keje yang bukan2... tpi, ntah la..mcm curious jgk..dlm report ni kata asid tu x sampai melecur...tp, kwn aku ckp, member gf dia kena..sampai masuk icu... 70% melecur kat muka...teruk tu.... BAHAYA!!!

dah kenapa manusia sekarang makin kejam?? tak phm la..

so, satu je la nak pesan... hati-hati..DUNIA bukan lagi tempat selamat sebab PENGUNI DUNIA semakin kejam.. kekejaman berlaku di mana2..berdoa semoga diri kita dan keluarga kita terpelihara dari segala musibah...


p/s: DEAR EARTH..PLEASE GET WELL SOON... WHEN U HAVING FEVER, ITS SOO NOT COOL... DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA JAGA BUMI KITA... BUMI DAH SEMAKIN NAZAK...


MyEm0.Com

1 pengunjung istana:

badakbiru said...

salam..
penah dgr Hindraf?..yg wt kecoh kt stesen lrt masjid jamek dulu
tu sume keje diorg la tu. target diorg mesti pompuan bertudung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...